"Lafaz Bukan Mainan" sebuah drama melayu yang i tengok hari ni (jumaat) kat TV2. It was really a great drama by eurofine picture sdn. bhd. mengisahkan seorang lelaki yang bernama Haikal yang jahil tentang hukum hakam agama... dia sering malafazkan talak bila bergurau dengan isterinya... katanya, talak itu tidak jatuh kerana dia berniat bermain-main sahaja.... pada satu hari, di tepi pantai, dia bergurau dengan isterinya dan dia melafazkan talak. 'aku ceraikan kau. kau nak talak berapa?' isteri nya dengan jahil nya pun menjawab 'abang nak bagi berapa?' haikal pun menjawab '10 cukup?' dan mereka terus ketawa senang hati tanpa memikirkan impaknya mainan itu pada kehidupan mereka... setelah ditegur oleh rakan, mereka kembali ke tempat asal dan bertanya kepada ibu dan ayah mereka... dan akhirnya, bapa mertua haikal memberitahu bahawa, talak 3 telah jatuh kepada rita, isteri haikal. haikal bermati-matian mempertahankan bahawa dia tidak berniat dan sekadar berjenaka... namun, apakan daya, talak itu telah jatuh... seperti yang kita tahu, apabila talak tiga itu jatuh, maka suami dan isteri itu tidak boleh rujuk semula... tapi mereka boleh berkahwin semula apabila isteri tersebut berkahwin lain dan diceraikan oleh suami barunya... dan jika dia hendak merujuk semula kepada bekas suami pertama, maka mereka dibenarkan kembali bersama dengan berkahwin semula dan bukan rujuk... di sinilah timbul konsep cina buta... bila mana si suami pertama akan mencari lelaki lain yang sanggup menikahi isterinya dan menceraikannya dan membolehkan dia dan isterinya kembali bersama... i baru tahu bahawa hukum cina buta itu adalah haram dan orang yang mengamalkan konsep cina buta itu akan dilaknat Allah... dan i baru tahu rupanya konsep cina buta itu banyak diamalkan oleh masyarakat kita... MASYAALLAH... betapa jahilnya kita sebagai manusia... Untuk dikongsi bersama :
3 perkara yang dalam keadaan apa sekali pun akan tetap terjadi (sama ada dalam keadaan bergurau, serius, melawak, sindiran, tidak terniat, atau seumpama yang berkaitan..) :
1) nikah dan kahwin
2) talak
3) rujuk
apapun, drama "lafaz bukan mainan" ni memang sangat padat isinya dan memberi pengajaran kepada kita terutama yang beragama islam... tapi satu yang membuat i tersenyum adalah kata dari salah seorang pelakon dari drama itu, Ebi Kornellis yang merupakan bekas pelajar af... "Orang Sabah telah lama menerima orang semenanjung.." menunjukkan betapa Sabah dan Sarawak sangat mulia hati mereka apabila menerima orang semenanjung... tak seperti orang semenanjung yang asyik menolak Sabah dan Sarawak... Mencaci mereka... dan menganggap mereka sangat kuno berbanding yang di semenanjung... sesungguhnya, bukakanlah hati dan minda anda.... kita semua dilahirkan sama sahaja disisi-Nya... hanya amal dan taqwa sahaja membezakan kita...
MORAL OF THE STORY :
1) dalami dan pelajarilah hukum hakam agama... sekurang-kurangnya tahu mengenai asas agama Islam... Islam itu indah..
2) jadilah insan berilmu dan jangan jadi manusia yang jahil... ILMU ITU ADALAH PELITA HIDUP..
3) untuk bakal isteri, carilah calon suami yang boleh membimbing anda ke jalan yang diredhai-Nya... seorang suami yang boleh membawa rumah tangga anda menjadi Jannatul Baiti dan tidak bermain-main dengan talak yang berkuasa di dalam genggamannya...
4) terimalah insan lain seadanya kerana kita semua sama sahaja di sisi-Nya... hanya amal dan taqwa membezakan kita...
5) blog ini sekadar untuk berkongsi ilmu, luahan rasa...bukan untuk menghina dan membabitkan sesiapa... seandainya ada yang terasa, ampun dan maaf dipinta... tidak terniat untuk menyakiti hati sesiapa..
renungi dan fikirkan... Wallauhalam...
No comments:
Post a Comment